Sunday 19 February 2012

Latihan catur di kuala krai


Daerah kuala krai telah memulakan latihan untuk menghadapi mssd pada mac nanti. Walaupun sukan yang disertai adalah sukan catur, latihan kecergasan tetap diadakan untuk memastikan pelajar-pelajar dapat memberi fokus sepenuhnya semasa kejohanan nanti.

Saya telah dipertanggungjawabkan untuk memberi tunjuk ajar dan ia bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Diharap pemain2 dapat menerima tunjuk ajar saya dan mempamerkan perlawanan yang menarik nanti

Wednesday 15 February 2012

Kelas catur


Tahun 2012 sudah bermula dengan mengendalikan beberapa buah kelas catur. Aaya cuba memastikan pemain2 saya dapat melakukan beberapa kombinasi asas di dalam permainan catur.

Pemahaman juga penting secara teori dan perlu diaplikasi secara praktikal. Untuk itu saya harap sedikit pembaharuan di dalam kelas saya dapat membuatkan kelas saya lebih menarik dan efektif

Monday 13 February 2012

Perancangan 2012


Tahun 2012  membawa cabaran baru di dalam hidup saya. Setelah ibu tersayang kembali ke rahmatullah pada 17 Sept 2011, saya pula bakal menjangkau ke era 30-an.

Masa untuk bertindak perlu disertai dengan perancangan rapi. Cabaran untuk menjadi lebih maju dalam bidang diceburi bukan sekadar perancangan tetapi diikuti dengan tindakan menjayakan perancangan.

Sebagai pemain catur, sasaran utama adalah untuk meningkatkan rating sedia ada dari 2100 ke 2300 dan mendapat gelaran FM. Untuk meningkatkan rating bermakna pertandingan fide rated perlu dirancang penyertaannya, bukan bertanding secara semborono.

Bagi menjadi seorang arbiter pula, saya memerlukan lagi 2 pertandingan Fide rated untuk melengkapkan norm sebagai FA. Mungkin ada tawaran dari penganjur akan dipertimbangkan sebaiknya kerana buat masa ini saya berada di landasan yang tepat untuk menjadi Fide Arbiter.

Akhir sekali sebagai jurulatih, saya ingin meningkatkan prestasi pelatih sedia ada untuk mula memenangi perlawanan. Setiap pertemuan direkodkan peningkatan mereka bagi memanfaatkan setiap pertemuaan yang singkat.

Sunday 12 February 2012

From my Galaxy Note



Hadiah tahun baru bagi diri saya sendiri tahun ini adalah sebuah Samsung Galaxy Note. Saya berazam untuk memperbaiki peribadi saya secara keseluruhan dari segi pemikiran, perhubungan, mutu kerja yang diberikan dan hasil akhir kerja yang terbaik diharapkan.

Memahami kelemahan sendiri adalah halangan utama untuk berjaya, saya cuba meng'upgrade' diri dengan melengkapi gadjet terkini sebagai pembantu untuk saya mengurus dan melaksanakan perancangan saya dan berharap segala idea dapat disimpan dan digunapakai dengan baik apabila tiba waktu yang sesuai...

Semoga saya dapat terus mengexplore kuasa galaxy note yang saya miliki ini dan bukan sekadar memenuhi nafsu untuk memiliki barang yang bagus, tetapi memanfaatkan sepenuhnya setiap nilai yang dibelanjakan.

Artikel pertama

Assalamualaikum dan selamat datang,

Terima kasih kepada pelawat2 yang sudi melawat blog ini. Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk saya berkongsi pengalaman, menyatakan pendapat saya secara ikhlas dari hati saya mengenai catur atau juga perkara lain.

Saya sendiri tidak pasti akan kekerapan posting di blog ini, tapi insyaallah saya akan cuba yang terbaik untuk mengemaskini mengenai apa sahaja, catur, isu semasa, lawak jenaka, pandangan hidup atau lain-lain yang saya fikir tidak akan menimbulkan sebarang kontroversi.